Hari ini jam 8.30 pagi , Pejabat Pengajian Islam Belait melalui Unit Al-Quran Daerah Belait telah mengadakan Kelas Tarannum Al-Quran untuk guru-guru kanan Al-Quran yang bukan terdiri daripada peserta-peserta Kursus Seni Al-Quran. Kelas Tarannum Al-Quran telah diadakan di bilik Muzakkarah Pejabat Pengajian Islam Belait.

- Membolehkan guru-guru berkenaan dapat menguasai Ilmu Tajwid dan lagu-lagu Al Quran dengan baik
- Melahirkan Qari dan Qari'ah di kalangan guru-guru ugama Daerah Belait
- Membolehkan lagu-lagu Al-Quran yang telah mereka pelajari dapat diajarkan kepada murid-murid
- Minggu pertama: Tarannum Al-Quran,
- Minggu Kedua: Murattal, Fasahah dan Tausyeh
- Minggu Ketiga: Tarannum Al-Quran
- Minggu Keempat: Tajwid, Kaedah Pernafasan dan Suara
- Ustaz Haji Che Japar bin Haji Che Awang
- Cikgu Omarizam bin Haji Abu Bakar

Cikgu Sharil Fauzi bin Rosdi guru kanan Al-Quran Sekolah Ugama Sungai Taring menyambut baik usaha pihak Pejabat Pengajian Islam Belait mengadakan kelas Tarannum Al-Quran kerana ianya bermanfaat dari segi memberikan peningkatan ilmu pengetahuan tentang hukum tajwid dan lagu-lagu Al-Quran kepada peserta yang mengikuti kelas berkenaan disamping Ilmu yang diperolehi itu nanti dapat dikongsisama kepada guru-guru Al-Quran dan murid-murid yang belajar Al-Quran di persekolahan ugama
Cikgu Pg Hajah Ramlah binti Pg Hj Lahab bersyukur kerana diberi peluang mengikuti kelas Tarannum Al-Quran dan berharap agar usaha yang serupa akan berterusan dilaksanakan dimasa akan datang
