Monday, October 25, 2010

Peta visual ke Kelab Reakreasi Liang Lumut

Seperti yang dijanjikan semasa pertemuan mengundi giliran peserta di pejabat Pengajian Islam Bandar Seri Begawan, Pejabat Pengajian Islam Belait, sebagai tuan rumah yang akan mengendalikan Peraduan Membaca Doa Tahlil dan Arwah Persekolahan Ugama Peringkat Negara Kali ke 18, kami akan berusaha membantu biskita yang datang dari luar dari Daerah Belait untuk dapat sampai ke lokasi peraduan tanpa mengalamai masalah tersesat jalan. Maklum sajalah bangunan tempat pertandingan ini diadakan agak terlindung dari pemandangan lalu lintas bagi pemandu kenderaan apatah lagi jika biskita belum pernah berkunjung ke lokasi Kelab Rekreasi Liang Lumut yang terletak di persisiran pantai Lumut. Berikut adalah peta dan bebeapa visual berbentuk photo pegun yang kami harapkan dapat membantu biskita dan peserta lainnya untuk sampai ke distinasi Kelab berkenaan.

PENJELASAN PERJALANAN MENGGUNAKAN PETA

Peta Perjalanan ke Kelab Rekreasi Liang Lumut

Peta di atas menunjukkan perjalanan dari Bandar Seri Begawan yang bermula di sekitar Lumut Highway. Perhatikan tanda jalan yang menunjukkan anak panah untuk membelok ke kanan. Kenderaan biskita akan membelok ke kanan apabila sampai di tempat tersebut. Setelah berpusing ke kanan teruskan perjalanan, kenderaan biskita akan masuk ke simpang di sebelah kiri pula untuk menuju ke Kampong Lumut. Teruskan perjalanan ke Kampong Lumut
Peta perjalanan di Kampong Lumut (sambungan peta sebelumnya)

Ketika melalui perjalan di Kampong Lumut, seterusnya kenderaan biskita akan masuk ke simpang jalan ke perkilahan Pantai Lumut . Di persimpangan tersebut pastikan biskita melihat papan tanda yang bertulis 'Peranginan Pantai Lumut'. Di hujung perjalanan menuju ke pantai, biskita belok lagi ke kanan dan teruskan perjalan menggunakan jalan kecil untuk menuju ke Kelab Rekreasi Liang Lumut

PENJELASAN PERJALANAN BERBANTUKAN VISUAL PHOTO PEGUN

Ini ialah perjalanan di sekitar Lumut Highway, satu pemandangan dari kenderaan yang dipandu dari Bandar Seri Begawan menghala ke Kuala Belait. Walau bagaimana pun biskita tidak akan memandu terus menuju ke pekan Belait. Untuk ke Kelab Rekreasi Liang Lumut(KRLL), biskita akan membelok ke kanan apabila melihat tanda jalan yang mengarah untuk membelok ke kanan'

Perhatikan anak panah 'Belok Ke Kanan'. Biskita akan berpusing di kawasan ini ke sebelah kanan jalan dan kenderaan biskita akan menghala ke Bandar Seri Begawan semula, seperti yang ditunjukkan oleh kenderaan berwarna orange di dalam gambar. Berhati-hati jangan terlepas pandang kepada tanda jalan yang mengarah untuk masuk ke simpang jalan di sebelah kiri untuk menuju ke Kampong Lumut. Dari tempat kenderaan biskita berpusing, biskita akan mengambil masa kira-kira 30 saat sahaja untuk tiba ke persimpangan menuju ke kampong Lumut.
Inilah pemandangan 'close-up' untuk membelok ke kanan yang telah diterangkan sebelum ini (di atas), biskita harus berhati-hati di kawasan, pastikan kenderaan biskita menyeberang dalam keadaan selamat, maklumlah Highway....

Setelah kenderaan biskita menghala ke Bandar Seri Begawan semula (selepas berpusing ke kanan), jangan pandu kenderaan terlalu laju, perhatikan papan tanda yang menunjukkan anak panah ke kampong Lumut...

Di sini kenderaan biskitaa akan menghala ke sebelah kiri untuk menuju ke kampong Lumut.


Dalam perjalan ke kampong Lumut pastikan biskita cekap untuk dapat 'mengintai' satu papan tanda penting, 'Peranginan Pantai Lumut', kerana jika biskita terlepas pandang, alamatlah kenderaan biskita akan terus menghala ke Pekan Belait. Papan tanda ini di dirikan dipersimpangan jalan menuju ke pantai peranginan Kampong Lumut. Jalan inilah yang kenderaan biskita akan lalui untuk sampai ke distinasi yang dituju

Simpang menuju ke Pantai Lumut

Biskita akan melalui sebuah jambatan untuk menyeberangi Sungai Lumut. Teruskan perjalanan biskita hingga berjumpa dengan satu simpang ke sebelah kanan

Setelah melimpasi jambatan, biskita akan berjumpa dengan satu tanda penunjuk jalan (signpost) yang menunjuk hala tuju ke sebelah kanan dan perhatikan pada signpost terdapat perkataan 'Liang Lumut Recreation Club'

Teruskan memandu menuju ke sebelah kanan (lihat anak panah)

Kenderaan biskita akan melalui satu jalan lurus yang akan menuju ke Kelab Rekreasi Liang Lumut

Perhatikan bangunan ini... di sinilah tempat peraduan diadakan iaitu di Kelab Rekreasi Liang Lumut

Diharap panduan ini akan membantu biskita. Doa kami semoga biskita dan peserta selamat sampai di Kelab ini.