Tuesday, October 19, 2010

ALAMAAAK ADA VIRUUSSS!

Assalamu'alaikum teman-teman seperjuangan setanah air. Hari ini saya hendak mengongsikan info mudah tentang cara mengenali tanda-tanda apabila komputer kita diserang oleh virus dan kod-kod jahat yang sewaktu dengannya. Untuk pengetahuan bersama, SIRI PANDAI MENJAGA KOMPUTER ini saya tulis menggunakan bahasa harian kitani orang Brunei. Insya Allah tulisan ini akan disambung dari masa kesemasa bagi memberikan bimbingan yang berguna kearah memberikan tahap 'kesihatan' yang sebaik mungkin kepada PC milik kesayangan kita.

Kalau arah komputer biskita terdapat 'symptom' di bawah ani, itu alamatnya PC biskita sedang mengalami masalah 'diganggu' makhluk halus yang bernama 'virus'.

1. Komputer biskita bekerja lebih lambat dari hari-hari sebelumnya.

2. Ruang kosong (free space) hard disk tiba-tiba kelihatanya seperti 'inda cukup', misalnya, kalau kelamarin ruang hard disk biskita ada 50GB, tiba-tiba hari ani bertukar menjadi 85 MB sahaja yang tinggal. Nada oke tu.

3. Mouse dan Keyboard inda berapa berfungsi.

4.Program yang biskita jalankan seperti Microsoft Word, Photoshop dan lain-lain terlalu memakan masa untuk berbakti kepada biskita. Macam orang damam.

5. Bila bermain PC game pun, PC biskita kelihatan lesu saja perjalanannya.

6. Kadar 'Disk Bad Sector' semakin bertambah dan keadaan ini akan bertambah buruk dari masa kesemasa.

7. Komputer biskita akan memaparkan 'error message' yang tidak kena pada tempatnya.

8. Tiba-tiba sahaja kerja penting yang biskita simpan kelamarin, lesap dari komputer.

9. Kadang-kadang maklumat saiz RAM dipaparkan salah, misalnya kalau saiz RAM komputer biskita 512; tetapi dipaparkan menjadi 400 MB sahaja

10. Terlalu mengambil masa yang lama sekali untuk menyimpan data ke dalam komputer.

11. Tiba-tiba saja komputer biskita 'tertutup' sendiri atau pun kadang-kadang ada program lain yang secara automatik 'terbuka' (run) tanpa kerelaan biskita.

12. CD dan DVD inda bekerja seperti biasa..banyak kerenah!

13. Komputer semacam kena gangguan makhluk asing :) tiba-tiba saja 'restarted' tanpa sebab yang logik.

14. Sewaktu biskita online atau melayari web tiba-tiba ada-ada saja message pop-up di skrin komputer, keadaan ini berterusan (berulangkali), sehingga apabila biskita coba menutup message yang pop-up atu, masih jua ia 'inda merati' , malahan ia terus pop-up dan pop-up. Hal ini kadang-kadang membuatkan biskita terpaksa menekan butang restart untuk memberhentikan pop-up

15 Bila biskita menjalankan sesuatu program, program atu akan memberi memberi tahu ada filenya yang 'missing in action' akibatnya ada fungsi yang inda dapat dijalankan dari program tersebut.

16. Virus akan melambatkan capaian Internet biskita disebabkan virus sedang mencuri maklumat semasa komputer biskita melayari Internet.

17. Terdapat setengah virus yang boleh memusnahkan keseluruhan sistem komputer biskita, sebab atulah kadang-kadang biskita inda dapat menghidupkan komputer atau sistem komputer menjadi lumpuh semuanya


Inilah sebahagian daripada 'serangan' yang boleh dilakukan oleh virus terhadap PC biskita. Sebenarnya kewujudan virus semakin sehari semakin bertambah iaitu dihasilkan oleh 'bad guys' yang tidak bertanggung jawab. Oleh yang demikian kitani sebagai pengguna mestilah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak serangan dari virus tersebut. Langkah yang biasa dibuat untuk mempertahankan komputer kitani dari diserang oleh virus dan kod-kod jahat lainnya ialah dengan memasang perisian anti virus, perisian spyware, rajin mengupdate sistem operasi komputer dan menghidupkan pertahanan firewall. Insya Allah dengan mengambil perhatian berat terhadap langkah penjagaan ini sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan resiko daripada diserang atau dijangkiti kuman virus PC.

Selamat berjumpa lagi dilain keluaran. Ila hunaa intahainaa wa ilal liqaaaa..