Thursday, October 28, 2010

Kelas Tarannum Al-Quran

Hari ini jam 8.30 pagi , Pejabat Pengajian Islam Belait melalui Unit Al-Quran Daerah Belait telah mengadakan Kelas Tarannum Al-Quran untuk guru-guru kanan Al-Quran yang bukan terdiri daripada peserta-peserta Kursus Seni Al-Quran. Kelas Tarannum Al-Quran telah diadakan di bilik Muzakkarah Pejabat Pengajian Islam Belait.

Cikgu Hajah Hindun binti Haji Puting Guru Pegawas Al Quran Daerah Belait menegaskan bahawa objektif mengadakan Kelas Tarannum Al-Quran kepada guru-guru kanan Al-Quran yang bukan terdiri daripada peserta-peserta Kursus Seni Al-Quran ialah:
  • Membolehkan guru-guru berkenaan dapat menguasai Ilmu Tajwid dan lagu-lagu Al Quran dengan baik
  • Melahirkan Qari dan Qari'ah di kalangan guru-guru ugama Daerah Belait
  • Membolehkan lagu-lagu Al-Quran yang telah mereka pelajari dapat diajarkan kepada murid-murid
Kelas Tarannum Al-Quran adalah merupakan kegiatan bulanan yang diadakan pada setiap hari Khamis. Jadual kelas Tarannum Al-Quran adalah seperti berikut:

  1. Minggu pertama: Tarannum Al-Quran,
  2. Minggu Kedua: Murattal, Fasahah dan Tausyeh
  3. Minggu Ketiga: Tarannum Al-Quran
  4. Minggu Keempat: Tajwid, Kaedah Pernafasan dan Suara
Kelas Tarannum dibimbing oleh dua orang guru Al-Quran iaitu:

  1. Ustaz Haji Che Japar bin Haji Che Awang
  2. Cikgu Omarizam bin Haji Abu Bakar

Cikgu Omarizam bin Haji Abu Bakar, salah seorang tenaga pengajar Kelas Tarannum Al-Quran

Ustaz Haji Che Japar bin Hj Che Awang, tenaga pengajar kelas Tarannum

Cikgu Sharil Fauzi bin Rosdi guru kanan Al-Quran Sekolah Ugama Sungai Taring menyambut baik usaha pihak Pejabat Pengajian Islam Belait mengadakan kelas Tarannum Al-Quran kerana ianya bermanfaat dari segi memberikan peningkatan ilmu pengetahuan tentang hukum tajwid dan lagu-lagu Al-Quran kepada peserta yang mengikuti kelas berkenaan disamping Ilmu yang diperolehi itu nanti dapat dikongsisama kepada guru-guru Al-Quran dan murid-murid yang belajar Al-Quran di persekolahan ugama

Cikgu Pg Hajah Ramlah binti Pg Hj Lahab bersyukur kerana diberi peluang mengikuti kelas Tarannum Al-Quran dan berharap agar usaha yang serupa akan berterusan dilaksanakan dimasa akan datang

Sebahagian dari peserta-peserta yang menghadiri kelas Tarannum Al Quran