Saturday, October 23, 2010

PERJUMPAAN PENYELARASAN PERADUAN TAHLIL DAN DOA ARWAH PERSEKOLAHAN UGAMA

Perjumpaan bagi penyelarasan Peraduan Tahlil dan Doa Arwah Persekolahan Ugama Peringkat Negara 1431/ 2010 telah diadakan kelamarin 23 November 2010, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pengajian Islam Belait. Perjumpaan dihadiri oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa yang telah dilantik yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan guru ugama. Turut hadir ialah 5 orang pengawai dari Unit Ko Kurikulum Dan Pelajaran Lanjutan, Jabatan Pengajian Islam yang diketuai oleh Haji Md Said bin Abas, Ketua Unit Ko Kurikulum Dan Pelajaran Lanjutan. Tahun ini Pejabat Pengajian Islam Daerah Belait diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi mengendalikan Peraduan Tahlil Dan Doa Arwah Persekolahan Ugama Senegara Kali Ke 18 yang akan diadakan pada 10hb November 2010 bertempat di Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC).

Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) Lokasi Peraduan membaca Tahlil dan Doa Arwah Peringkat Akhir Negara bagi Sekolah-sekolah Ugama Tahun 1431H/2010M