Pepatah Arab ini bermaksud: 'Seseorang yang dipaksa akan memburukkan pekerjaannya'. Memang ada benarnya pernyataan dari peribahasa ini iaitu apabila kita memaksa seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak diminatinya, natijahnya dia akan melakukan pekerjaan tersebut paling kurang dengan rasa separuh hati sahaja. Maka sudah tentulah kualiti pekerjaan yang dihasilkannya tidak seperti yang kita harap-harapkan.